1Jan

Download Borang 1 Azam Niaga

1 Jan 2000admin

1/15/2018by adminin Category. Tv tuner box. Download Photoimpression 3 Free Download - best software for Windows. Programma tablici shuljte. Download Borang 1 Azam Niaga.

PROGRAM BEYOND 1AZAM UNTUK PESERTA PROGRAM 1AZAM YANG BERJAYA Sebanyak 93,172 peserta yang berjaya dalam Program Akhiri Zaman Miskin (1Azam) akan disaring untuk diketengahkan bagi menerima bantuan tambahan melalui Program ‘Beyond 1Azam’. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata program ‘Beyond 1Azam’ dijangka dilancarkan September nanti dan peserta berpotensi dipilih berdasarkan pendapatan yang diraih setiap bulan, minat dan produk yang diniagakan. Beliau berkata, buat permulaan, sebanyak 2,000 peserta akan dipilih dan diberi bantuan dalam bentuk mikro kredit dengan kerjasama penyedia skim mikro kredit dan bank komersial, latihan kemahiran dan tambahan peralatan untuk mengembangkan perniagaan. “Saya sangat berharap produk kita ke peringkat global tetapi kita kena pilih. Kita nak mereka ini pergi ke peringkat global dan lebih jauh. Jadi kita nak orang ini ada keyakinan, semangat, ketekunan, kerajinan dan kreativiti,” katanya pada majlis taklimat media bertajuk ‘Providing Economic Empowerment Through 1Azam Programme’ di kementeriannya di sini Selasa. Mengenai 1Azam, Rohani berkata bagi tempoh Januari 2011 sehingga Mac lepas, sebanyak 140,976 peserta menyertai Program 1Azam dengan 65 peratus atau 91,290 peserta adalah wanita.

Beliau berkata daripada jumlah itu 66.1 peratus atau 93,172 peserta berjaya meningkatkan pendapatan sekurang-kurangnya RM300 selama tiga bulan berturut-turut. “Selain itu, bagi tempoh Disember 2009 hingga Disember 2013, kementerian dengan kerjasama Amanah Ikhtiar Malaysia berjaya melatih dan membangunkan 5,300 usahawan wanita yang mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM3,500 sebulan selama tiga bulan berturut-turut,” katanya. Rohani berkata program 1Azam akan diteruskan dan bagi peserta 1Azam yang kurang berjaya, kementerian akan melihat puncanya dan memberi lebih bimbingan dan pemantauan sehingga mereka berjaya. Diperkenalkan pada 2010, Program 1Azam merupakan inisiatif kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah hidup berdikari melalui pelbagai program termasuk Azam Niaga, Azam Khidmat, Azam Kerja, Azam Tani dan Azam Bandar yang diperkenalkan pada tahun lalu. Untuk memohon, peserta perlu berdaftar dengan eKasih, iaitu sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan bagi membantu, merancang dan memantau program kemiskinan dan mereka yang layak berdaftar adalah isi rumah berpendapatan kurang RM1,000 (luar bandar) atau RM1,500 (bandar) sebulan. Mengikut rekod, daripada 140,976 peserta, 77,742 atau 55 peratus adalah Melayu, 3,813 atau 2.7 peratus (Cina) dan 5,709 atau empat peratus (India).